\\WardatulJannah//: Apa Hukumnya Bercinta

Rabu, 23 Januari 2013

Apa Hukumnya Bercinta

Assalammualaikum..
Sebelum saya melanjutkan apa hukumnya bercinta , saya rasa lebih baik saya terangkan apa maksudnya bercinta?
Ada yang tahu tak??
Siapa yang bercinta tuh. Korang pernah bercinta tapi faham tak apa maksudnya becinta?
Faham?
Bagi saya Cinta tuh berkongsi rasa sayang antara perempuan dan lelaki .
Tapi berkongsi sayang yang saya maksudkan bukan sampai melepasi batas-batas agama.
Contoh : kalau kita pergi ke bandar ke , tak sahkan kalau ada beberapa pasangan ni pegang tangan masa jalan, lelaki pegang pinggang perempuan, dan banyak lagi lah.
Adakah itu cinta?? dengan melebihi batas-batas islam??
Pleaselah. Tu nafsu sebenarnya..
Cinta tu benda suci .
Nafsu tu benda kotor.
Ok.

Dulu, hukum bercinta zaman nenek,datuk,mak dan ayah kita tu sebenarnya HALAL.
Tapi cinta tu sekarang dah menjadi HARAM kerana?????
Why? Kenapa ? boleh jadi HARAM?
Kerana melebihi batas-batas islam. 
Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Tapi kalau sepasang pasangan ni tidak melebihi  batas-batas islam.
Ia tidak akan bertukar menjadi haram.
faham tak?

Yang lelaki tu,kalau nak kan seseorang perempuan. 
Biar ada niat nak kahwinkan dia dan nak dia jadi ibu kepada anak-anak halal .

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci.  Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.


Pesanan untuk Girl :
Jangan mudah terpedayakan dengan buaya berjalan ni.[lelaki maksudnya.]
kalau bf/gf korang pegang tangan korang,.[pegang tangan tu permulaan sebelum cium,peluk dan ehem-ehem<bersetubuh>], sila cakap macam ni
"Maaf.Saya tidak halal untuk dipegang oleh awak. Seluruh tubuh saya untuk Suami saya yang sah. Tapi saya berharap itu bukan awak. Awak tidak sesuai untuk saya.

Pesanan untuk Boy :
Kalau nak kan perempuan,biar ada niat nak kahwinkan dia dan nak dia jadi ibu kepada anak-anak awak nanti. Sesungguhnya,semua perempuan berharap ada lelaki yang nak kan dia dengan tujuan nak kahwinkan dia. Dia nak sentuh,cium,peluk awk dengan halal..bukan maksiat.Ingat tu..

: : : : pesanan untuk diri sendiri dan orang lain...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Guna bahasa yang digunakan oleh rakyat Islam