Assalammualaikum.. Kalau jawab sayang,kalau tak jawab dosa.
Sebelum saya teruskan untuk bercerita,saya nak bagitahu cerita ini tak ada kena mengena dengan hantu pun..^_^
Seperti biasalah tadi masa saya ambil wuduk sebelum sembahyang maghrib .
Saya rasa ada orang tengok saya.
mula tu saya biarkan. Tapi semakin saya biarkan semakin saya rasa orang tu semakin menghampiri saya..
Saya perlahan-lahan toleh belakang..
saya menjerit..Memang nak terjatuh jantung saya ..
Nak tahu apa saya nampak ? nak? Korang rasa apa?
Mesti ada sesetengah orang cakap " Eh. Hantulah tu."
No!!!
Saya tak nampak hantu pun saya nampak nenek saya.
Dahlah rambut nenek saya panjang..| malas nak cerita rambut nenek panjang lebar |
Lepas saya sedar dia bukan hantu saya terus beristifar..
"Astarfirllalazim"
Lepas saya beristifar. Adalah rasa tak puas hati ngan nenek sebab tengok orang dalam bilik air dengan rambut macam tu. Terus saya tak senyum dengan nenek.Saya terus mulakan wuduk saya.
Untuk pengetahuan korang,kalau saya wuduk saya tak basahkan leher saya.
Ok.. Straight to the point.
Lepas aku baca doa selepas wuduk.Terus nenek saya tanya .
"Kenapa tak basahkan leher?"
"Tak wajib."saya jawab bersahaja saja.
"Wajib oi."kata nenek lagi dengan nada yang agak kasar.
Saya terus pandang muka nenek.Terus saya jawab.
"Tak wajiblah.Saya ada belajar kat sekolah ." Terus saya blah dari bilik air..
Dengan soalan nenek tersebut ,Saya dah confius dah.Adakah basahkan leher tu wajib?Tolong bantu saya . Tolong jawabkan.:D




setahu sy yg wajib muka, 2 belah tangan, kepala, 2 belah kaki...klu salah tlg btlkan
BalasPadamstahu sy tidak wajib basahkan leher.. :) *jika salah perbetulkan*
BalasPadam