\\WardatulJannah//: cara berhijrah

Ahad, 2 Jun 2013

cara berhijrah

Perjalanan menuju keredhaan Allah sentiasa memerlukan banyak penghijrahan dan pengorbanan. Sejenak dalam pemikiran untuk sentiasa mencari keredhaan Allah dan lantas mengumpulkan kekuatan dalam mencari redha Allah. Inilah penghijrahanku. Inilah jalan ku. Inilah caraku. Dan hal ini sesuai dengan firman Allah S.W.T :-
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahu.” (2 : 216)
Ini jalan yang saya pilih. Penghijrahan saya membawa saya lebih mengenali Allah S.W.T. Hingga saya mula jatuh hati dengan Kekasih Agung ini. Penghijarahan ini bukan kerana manusia, tetapi kerana cinta saya pada Allah. Tidak pernah terlintas mahupun terdetik di sudut hati yang saya akan berhijrah ke jalan ini.
past, present, future
 Permulaan hijrah ini bermula dari persoalan-persoalan yang sentiasa membuat diri saya sering tertanya tentang jawapannya dan ujian hebat apabila saya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan saya kehilangan satu nikmat dan anugerah Allah yang hebat. “Bila adik nak pakai baju muslimah pula?”, “Adik comel, tapi mesti lagi comel bila pakai baju muslimah, tudung labuh tanpa sweater. Akak teringin nak tengok adik tanpa sweater.” Pertanyaan dari seoarang teman sebilik yang saya anggap seperti seorang kakak kerana perbezaan usia.
 Subhanallah, berkat doa dan harapan beliau Allah telah menguji saya dengan ujian yang sangat-sangat berat. Allah telah menarik insan yang saya sayang dan anggap seperti keluarga sendiri. Allah pisahkan kami dan jauhkan kami hingga ukhuwah itu terputus tanpa alasan dan sebab. Ujian ini benar-benar membuat saya menjadi lemah dan tidak terdaya. Pernah jua terdetik di hati yang dihimpit amarah untuk berhijrah menjadi seorang tomboy. Hanya kerana perasaan amarah yang membelengu di jiwa. Setiap hari, saya sentiasa menangisi ujian yang Allah hadirkan.
Namun, kasih sayang Allah pada saya sangat hebat. Suatu hari, hati saya menjadi semakin sayu. Entah kenapa langkah kaki menjadi semakin rapuh dan airmata terasa ingin mengalir tanpa henti. Lalu Allah menggerakkan sekeping hati yang sedang rapuh untuk kembali menghadapNya. Sepertiga malam itu menjadi saksi titik tolak permulaan hijrah saya. Dalam Tahajjud saya, saya menangis dan memohon pada Sang Kekasih agar menguatkan hati dan menunjukkan saya jalan kebenaranNya. Dan di dalam sujud yang terakhir itu Allah menghadirkan sinar hidayahNya. Subhanallah, sinar itu sangat indah. Sangat bahagia. Seolah-olah dilahirkan semula. AllahuRabbi mengalir airmata bahagia tatkalan cinta Allah menyapa hati.
Bermula pada malam itu, saya mula tekad dan azam untuk mengubah diri ke arah lebih baik dan menggapai redha Allah. Benarlah, Allah tidak pernah mengabaikan hamba-hamba yang ingin mendekatiNya. Selangkah kita cuba menghampiri Allah, seribu langkag Allah menghampiri kita. Namun rasa hamper itu hanya wujud dalam hati dan ia hanya dapat dirasai antara kita dengan Allah.
Perlahan-lahan saya menuju jalan hijrah, jalan pilihan saya, cara saya. Dari pemakaian baju T-shirt saya mula menukar kepada baju-baju muslimah. Penerimaan keluarga pada mulanya amat dingin kerana mereka merasakan sesuatu yang pelik pada diri saya. Namun lama kelamaan keluarga menyokong saya. Alhamdulillah sekali lagi Allah menunjukkan jalanNya dengan mudah. Subhanallah. Kemudian apabila diri mula serasi dengan pemakaian baju muslimah, kemudian saya mula menyarung sarung lenggan dan menukar pemakaian seluar jeans kepada seluar ‘slack’. Selagi lagi kasih sayang Allah menyapa dengan memudahkan jalan hijrah saya dengan dorongan sahabat baik. Alhamdulillah. Dan kemudian saya mula berjinak-jinak dengan tudung labuh bidang 60. Pada permulaan pemakaian, penerimaan insan-insan sekeliling sangat dingin. Mereka menganggap saya hanya sekadar main-main. Namun dengan tekad dan azam yang membara saya harungi juga jalan pilihan saya ini. Sehinggalah sekarang, bila tanpa tudung labuh saya, saya rasakan ada yang tidak sempurna pada diri saya dan memberatkan langkah kaki untuk melangkah keluar dari rumah.
Sehingga sekarang, cinta saya pada Allah semakin tersemai indah. Inilah jalan saya. Inilah pilihan saya. Inilah cara saya. Walau diuji, walau dihina, walau dikeji, walau dikritik, akan tetap ku tempuh demi sebuah cinta yang agung. Tiada cinta yang hebat sehebat cinta Allah S.W.T.
 Kesimpulannya, benarlah rasa syukur itu akan hadir apabila hati sudah mula yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T. Yakinlah bahawa semua yang kita ada dalam dunia ini adalah milik Allah S.W.T semata-mata dan tidak ada satu pun menjadi milik kita. Jika keyakinan itu masih kurang, maka pedulikanlah rasa itu. Teruskanlah dengan rasa yakin itu biarpun kadang-kadang rasa gundah. Hati kita perlu dilatih. Keyakinan yang goyang itu hadir dari syaitan semata-mata. Abaikan hamba Allah yang derhaka itu. Hijrah itu memang menuntut sejuta pengorbanan, namun pengorbanan itu mahar sebuah kebahagiaan yang tidak ternilai dan nilainya tidak akan mampu dibeli dengan seisi dunia sekalipun. Inilah jalan saya, pilihan saya dan cara saya. Bagaimana pula jalan anda? Pilihan anda? Dan cara anda? Anda sendiri yang tentukan. Sesuai dengan firman Allah S.W.T :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka.” (13 : 11)

credit :  ini 

1 ulasan :

  1. siapa lagi akan mengubah diri kita.. jika bukan kita sendiri..kan..

    same goes to me..
    dulu pon teruk jugak..
    tapi sekarang Alhamdulillah.. dah 7 tahun pakai tudung labuh..
    thanks dorongan kawan2..^^

    rasa lebih selamatkan..^^

    BalasPadam

Guna bahasa yang digunakan oleh rakyat Islam