soalan : kenapa tak "couple"? x bosan ke?
jawapan : couple? saya islam. dalam islam, takda istilah couple . dan orang islam sudah semestinya patuh dengan ajran islam yang telah ditenttukan oleh Allah . couple boleh dikategorikan sebagai " menghampiri zina "
Allah telah melarang kita untuk menghampiri zina
Allah berfirman, bermaksud: “dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” (al-Isra’:32)
saya takut amalan saya sia-sia sebab zina ini iaitu couple . saya bosan? eh.tak adalah.
mana ada bosan. tak bosan pun malah bahagia sebab tak terjerumus dalam penzinaan ni .
soalan : awak tak pernah rasa nak couplekah? awak tak pernah suka dengan seseorang? mustahil. sebab orang yang normal . akan ada rasa suka dengan seseorang. itu fitrah,bukan?
jawapan : sapa yang tak pernah rasa nak couple? ada rasa tu memang ada rasa nak couple tapi perasaan tu hanyalah nafsu semata-mata. anda kenal dengan "akal"?akal yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk berfikir dan kita khalifah di bumi ini sahaja yang mendapat nikmat akal ni dari ALLAH. ALLAH bagi nikmat sesuatu ttu sudah semestinya bersebab. Akal? apa fungsi akal? sudah semestinya untuk berfikir. berfikir untuk membezakan apa yang baik untuk kita dan apa yang buruk untuk kita.
dan cuba fikirkan , apa kebaikan couple? apa keburukan couple? setahu saya couple tak ada kebaikan malah banyak keburukan . suka dengan seseorang? sudah semestinya saya pernah suka dengan seseorang dan mungkin sekarang pun saya tengah suka dengan seseorang kerana itu fitrah.memang cinta itu fitrah. tapi patutkah fitrah ini disalahgunakan? jadi, apa yang saya lakukan? saya tahan dan minta petunjuk dari Allah adakah dia baik untuk kita dan adakah "couple" adalah jalan penyelesaian untuk rasa suka ni supaya tidak menjadi "angau" "stress" dan berbagai lagi perasaan yang dilahirkan ketika menyembunyikan perasaan dengan seseorang. jika kita meminta petunjuk dari Allah, inshaa Allah , Allah mendengarnya . Sesungguhnya Allah maha mendengar.




Saya benci couple. memang "Anti-couple" habes. Kenape perlu ikut yahudi ? Ke memang impian nak masuk agama tu? huhu~
BalasPadam#Nauzubillahi minzalik.
jangan la membenci sesuatu secara berlebihan. peringatan untuk diri saya jugak.janganlah suka menghukum. tak semestinya bercinta tu nak terus disamakan dengan orang yang nak masuk agama yahudi. korang yang berdakwah sepatutnya menggunakan bahasa yang lebih manis. dulu akak berhenti pergi surau sebab kata-kata yang lebih kurang macam ni la. kami yang imannya senipis kulit bawang ni pun ada perasaan jugak.
BalasPadamdulu akak pun berkapel. lepas arwah bf meninggal, akak cuba terima orang lain tapi lastly terluka jugak. then akak fikir, sebab ni kot Tuhan tak bagi kita kapel. kita manusia ni degil sangat. yang Tuhan tak bagi, tulah yang kita nak buat. kalau Tuhan larang tu mesti banyak la sebabnya kan. kadang-kadang akak fikir kalau akak tak mula bercinta, mesti akak takkan terluka dan dah hidup bahagia sekarang. jadi akak selalu pesan kat adik-adik, kalau belum pernah berkapel, jangan mulakan. nanti nak undur balik susah kan. sekarang lagi tenang rasanya bila takde pakwe. takde pape nak disunyikan. Allah kan ada..
btw adik, nice entry... :)
bercinta tu nak terus disamakan dengan orang yang nak masuk agama yahudi.? ya Allah,, entry ni xdak niat nak ckp cmtuh,, assif , jika entry ni kasar,,
Padambukan akak cakap kat entri ni dik. akak tengok komen kat atas pasal yahudi tu. sory k kalau kasar. :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam